Kobe Chong ‘Naik Pangkat’, Jalani Latihan Bersama Skuad Utama

kobechong Kobe Chong 'Naik Pangkat', Jalani Latihan Bersama Skuad Utama
peterboroughunited
Alif Syazani @SyazaniAlif
2:01pm 27/03/2022

Pemain kacukan Malaysia-Jamaica, Kobe Jae Chong baru-baru ini pamer aksi cemerlang bersama skuad utama Peterborough United U-23 dalam saingan Professional Development League.

Pemain berusia 20 tahun ini diturunkan dalam kesebelasan utama dan berjaya membantu pasukannya peroleh kemenangan dengan keputusan 3-2 Charlton Athletic U-23.

Selepas aksi cemerlangnnya bersama skuad bawah 23 tahun, Kobe Chong dipanggil untuk menjalani latihan bersama skuad utama Peterborough United yang beraksi di EFL Championship.

Pemain kelahiran Birmingham ini beraksi cemerlang dibahagian tengah selepas berjaya menghasilkan satu gerakan baik yang menghadiahkan gol ketiga buat pasukannya.

Kini, Peterborough United U-23 berada di tangga keenam dalam liga selepas berjaya mencatatkan kemenangan kelima dalam 18 perlawanan.

Sebelum ini, Kobe Chong terpaksa melupakan hasratnya untuk menyarung jersi skuad Harimau Malaya U-23 ekoran Pandemik Covid-19 yang berlaku ketika itu.

Pemain muda ini berkeinginan untuk mewakili skuad kebangsaan. Namun, semuanya terpulang kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sama ada mahu memanggil beliau atau tidak.