Kobe Chong Tekad Sarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
peterboroughunited
Advertisements

Pemain tengah Peterborough United yang lahir di Birmingham, England, Kobe Chong akui teruja sekiranya dapat mewakili pasukan negara kerana itu adalah sesuatu yang sudah lama beliau impikan.

Menurut beliau, sudah pasti keluarganya juga akan bangga jika dapat beraksi untuk Malaysia. Kobe juga mengikuti rapat perkembangan bola sepak Malaysia walaupun tidak pernah sertai pasukan kebangsaan.

Dalam pada itu, Kobe menyatakan bahawa beliau tidak menolak peluang untuk menyertai kelab Liga Super Malaysia seperti JDT dan Sri Pahang FC di masa akan datang jika diberi peluang untuk beraksi.

Advertisements

“Mewakili pasukan kebangsaan Malaysia ialah sesuatu yang saya memang mahu lakukan dan keluarga saya juga pasti akan bangga sekiranya saya dapat bermain untuk Malaysia,”

“Ketika ini saya masih di bawah kontrak bersama Peterborough United tapi saya memang mengikuti perkembangan kelab-kelab di Malaysia terutamanya JDT dan Sri Pahang. Kita tak tahu apa yang akan terjadi di masa datang,” katanya kepada Harimau Malaya.

Sebagai rekod, sebelum ini beliau pernah dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan B-19 pada tahun 2019 tetapi beliau terpaksa menarik diri ekoran wabak COVID-19 yang ketika itu melanda seluruh dunia.

Advertisements

Jika Kobe dipanggil oleh kem negara, dia bakal mengikut jejak seorang lagi tonggak kacukan yang berpangkalan di Eropah iaitu Dion Cools mewakili kelab FC Midtjylland di Liga Denmark.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram