Kogileswaran Jeneral Baru Taruhan Kim Pan-gon

Kogileswaran 2 Kogileswaran Jeneral Baru Taruhan Kim Pan-gon
Asiana
Aqil Ikhwan @aqil_ikh
9:51pm 26/03/2022

Pemain tengah Petaling Jaya City, Kogileswaran Raj kini menjadi taruhan baru skuad Kim Pan-gon selepas aksi cemerlangnya ketika mengawal jentera tengah Harimau Malaya.

Kogileswaran telah diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam kedua-dua perlawanan terbaru kendalian Kim Pan-gon. Perlawanan pertama ketika Malaysia menewaskan Filipina kelmarin berkesudahan dengan jaringan 2-0.

Pemain yang berusia 24 tahun itu membuktikan bahawa beliau layak diberi tugas sebagai pemain tengah ketika digandingan bersama Safiq Rahim dan Syamer Kutty.

Beliau berjaya mencorakkan serangan pasukan Harimau Malaya apabila melakukan hantaran dan lorongan kepada rakan sepasukan di bahagian tengah sekaligus menjadi nadi kepada gerakan dan serangan skuad kebangsaan.

Bagaimanapun pada separuh masa kedua beliau telah digantikan oleh Liridon Krasniqi bagi mengisi posisi tengah Harimau Malaya. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan 2-1.