fbpx

Pelaburan Yang Salah & Jurulatih Tidak Bagus, TMJ Beri Satu Dua Kata Kepada Manchester United

Share on:
Share on whatsapp
Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram

Sejurus tamat perlawanan di antara Manchester United menentang Liverpool di Old Trafford, Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris memberikan satu dua kata berkaitan pasukan kegemarannya, Manchester United.

Manchester United tewas 0-5 kepada Liverpool di Old Trafford.

“Pemain yang baik, jurulatih seorang yang tidak bagus.” Jelas beliau di IG Storynya.

248708235 4856219504411206 581531888170405827 n Pelaburan Yang Salah & Jurulatih Tidak Bagus, TMJ Beri Satu Dua Kata Kepada Manchester United

“Bukan pelaburan yang baik, beli Maguire pada harga 100 juta pound, Leicester City gunakan wang tersebut dan bina fasiliti latihan yang baik kemudian menewaskan Manchester United 4-2 beberapa minggu lalu.”

TMJ turut mempersoalkan tindakan mengekalkan pemain yang sudah tidak berfungsi dengan baik dan sudah tamat zaman ‘kegemilanggan’, Phil Jones dan Juan Mata.

“Masih mengekalkan Phil Jones, masih menyambung kontrak Juan Mata.”

TMJ turut kekal dengan pendapatnya berkaitan Ed Woodward yang dianggapnya sebagai seorang eksekutif Manchester United yang kerap melakukan kesalahan.

“Ed Woodward, pemilihan pemain yang salah, jurulatih dan membayar sejumlah wang yang tidak masuk akal.”

“Semuanya pelaburan yang salah. Perkara baik berkaitan Manchester United kini hanyalah Cristiano Ronaldo dan Sir Alex Ferguson.”

Bacaan Seterusnya..