Konsep Rekabentuk Stadium Baru Terengganu Diperkenalkan

February 11, 2020

Seiring dengan revolusi yang melanda dalam bola sepak tanahair, konsep rekabentuk stadium baru Terengganu telah diperkenalkan dan dicadangkan oleh pihak Bola Sepak Terengganu seperti di laman Facebooknya.

Antara cadangan yang diberikan adalah seperti berikut:

loading...
  1. Pengambil alihan Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) sebanyak 50-50% atau 60-40% daripada Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) oleh Terengganu FC.
  2. Menaik tarafkan padang SSINS dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) dicadangkan sebagai gelanggang sementara bagi Terengganu FC.
  3. Perubahan fasiliti seperti surau, tandas dan kemasan stadium secara berperingkat. SSINS juga wajar dicat baharu agar nampak lebih terkini agar menampakkan imej pasukan Terengganu FC.
  4. Menaiktaraf tempat duduk penonton dan dilakukan secara berperingkat mengikut kewangan pasukan. Harga tiket juga dicadangkan mengikut zon tempat duduk penonton.
  5. Memperbanyakkan lagi fungsi sewaan dalam stadium seperti kedai ‘merchandise’, cafe di kedai sewaan dan mewujudkan mege store bagi tujuan lawatan dan pembelian oleh penyokong TFC.
  6. Mewujudkan muzium, dewan seminar yang dapat menjana kewangan pasukan.
  7. Penubuhan Pasukan Penyelenggara Stadium yang berasingan dengan pasukan TFC bagi membolehkan stadium dapat diselenggara dengan baik.
Reka Bentuk Stadium yang dicadangkan oleh BST
BST mencadangkan penambahan 5 ribu tempat duduk dibelakang gawang gol seperti EPL
668 views

By Naim Rahim
@naimbola90

loading...