Advertisement
Kontrak Diogo Luis Santo Ditamatkan BG Pathum
Dunia
MakanBola
Thai League Central

Bekas pemain import JDT, Diogo Luis Santo dikhabarkan telah ditamatkan kontrak oleh kelab lamanya, BG Pathum United.

Hal ini dinyatakan sendiri oleh beliau di laman Instagramnya. BG Pathum United dijangka mengumumkan berita tersebut secara rasmi tidak lama lagi.

Semasa semusim bersama JDT (2019-2020), Diogo menjaringkan 16 gol dalam 32 perlawanan. Beliau turut membantu Harimau Selatan menjulang Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala Malaysia pada musim tersebut.

Manakala dengan BG Pathum pula, Diogo membantu kelab Thailand itu menjulang gelaran Liga Thai 1 (2020-2021) dan Piala Diraja Kor sebanyak dua kali.