Pasukan muda kebangsaan Indonesia dilaporkan sudah bersedia untuk menentang lawan yang lebih kuat untuk menguji kemampuan sebenar pasukan apabila dijadualkan bertemu dengan pasukan Korea Selatan.
Mengulas lanjut, jurulatih pasukan bawah 19 tahun Indonesia, Shin Tae-yong menganggap bahawa pertemuan dua pasukan bawah 19 tahun ini merupakan satu perlawanan yang sangat penting.
Perlawanan tersebut dijangka bakal berlangsung pada 25 dan juga 29 Mac di Korea Selatan. Ini juga bertitik tolak oleh faktor pasukan muda Indonesia yang sudah berada di sana untuk menjalani latihan bagi persiapan menuju Piala Dunia bawah 20 tahun.
Selama berada di sana, pasukan Indonesia merancang untuk mengadakan 9 perlawanan persahabatan dengan menghadapi Universiti Yeungnam yang dijangka pada 22 Mac 2022 di Yeongdeok.
Ujian terakhir buat pasukan muda ini adalah dengan turun untuk menghadapi cabaran sebuah lagi pasukan sebelum berangkat pulang.
Menurut penjelasan oleh jurulatih kecergasan bawah 19 tahun pasukan, Choi In-cheol, Shin Tae-yong merupakan individu yang mengatur segala gerak kerja pasukan muda ini.
’Perlawanan persahabatan kali ini diatur oleh beliau (Shin Tae-yong) yang terlebih dahulu pulang ke Korea Selatan.’
’Beliau berharap agar pemusatan yang diusahakan pada kali ini dapat membentuk satu motivasi terbaik buat pasukan untuk membentuk taktikal, mental dan juga fizikal yang terbaik buat para pemain,’ -Jelasnya dalam satu kenyataan.