Kos penaiktarafan Stadium MBPJ dijangka menelan belanja sebanyak RM2.8 juta.
Berita penaiktarafan Stadium MBPJ ini timbul selepas seorang peminat bernama Sopelestik Tiibi menyedari kerja-kerja awal pemasangan bumbung bahagian tempat duduk penyokong pelawat.
“Wah, nak pasang bumbung untuk (bahagian tempat duduk) penyokong pelawat. Inilah dinamakan menyantuni penyokong pelawat,” katanya dalam satu hantaran di Instagram.
Ini disusuli satu laporan SNE Sports yang menyatakan kerja pemasangan bumbung di kawasan tempat duduk sama.
Kerja pemasangan bumbung ini dijangka siap sebelum musim 2026/27 bermula. Selain pemasangan bumbung, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) juga dijangka menaiktaraf trek larian Stadium MBPJ.
Kesemua kerja naik taraf ini menelan belanja sebanyak RM2.8 juta. Ini sebahagian daripada peruntukan RM8.72 juta yang akan digunakan untuk kerja-kerja naik taraf kemudahan sukan milik MBPJ.
Ini kerana banyak kemudahan sukan MBPJ akan digunakan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026. Ini termasuk Stadium MBPJ yang dijangka menjadi tuan rumah aksi final acara bola sepak lelaki.