Advertising
Krisis Kecederaan Jangka Panjang Terus Hantui Kem Terengganu
MakanBola
Terengganu FC

Terengganu kini terpaksa akur melupakan khidmat 3 tonggak utama yang dilaporkan mengalami kecederaan untuk tempoh jangka masa panjang.

Saingan Liga Super ketika ini sudah memasuki minggu ke-22 dengan Terengganu di posisi ke-4 setelah mengutip 28 mata hasil 7 kemenangan, 7 keputusan seri dan 5 kali tewas dalam 19 aksi.

Ad

Dengan berbaki 4 lagi perlawanan, Terengganu dilihat masih miliki peluang untuk mendaki sehingga ke tempat ke-3 carta Liga Super, memintas kedudukan Sabah yang hanya 6 mata di hadapan.

Ad

Walau bagaimanapun, skuad kendalian Badrul Afzan ini diuji dengan masalah kecederaan pemain yang melibatkan suatu tempoh jangka masa yang panjang bagi berehat dan kembali pulih.

Terdahulu, Terengganu kehilangan khidmat penjaga gawang, Suhaimi Husin yang dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian lutut kanan memaksa beliau disisihkan sehingga 6 bulan.

Ad

“Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin melalui imbasan MRI telah disahkan mengalami kecederaan Medial Collateral Ligament (MCL) dan Medial Meniscus Tearpada lutut kanan beliau.”

Ad

“Tempoh pemulihan dijangka bakal mengambil masa sekitar 4-6 bulan,” ujar Terengganu FC dalam satu kenyataan pada Disember lalu.

Ad

Selepas itu, tamparan hebat buat skuad Terengganu apabila bek kiri, Alif Zakaria terpaksa disisihkan akibat kecederaan Anterior Cruciate Ligament yang memakan masa lama untuk pulih.

“Pemain pertahanan kiri utama Terengganu FC, Alif Zakaria semalam telah disahkan mengalami kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL),” kata pihak kelab.

Terbaharu, giliran pemain bek tengah, Argzim Redzovic pula terpaksa berehat panjang apabila disahkan mengalami ACL seperti Alif Zakaria dan baru selesai menjalani pembedahan.

“Berkebetulan berada di KMI, kami turut menziarahi Argzim Redzovic, pemain pertahanan Terengganu FC yang baharu selesai menjalani pembedahan untuk rawatan ACL,” tulis Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim di Facebook.

Ketiadaan 3 pemain di bahagian benteng belakang sudah pastinya memberi kesan buat perancangan Badrul Afzan dalam merencana strategi terbaik bagi menghadapi baki saingan Liga Super musim ini.

Ujian seterusnya menanti Terengganu adalah bertemu finalis Piala Malaysia, Sri Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium MP Temerloh pada Khamis.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments