Dunia
Advertisements

Skuad The City Boys, Kuala Lumpur telah mengikat bekas penyerang Marseille, Guy Gnabouyou untuk memperkuatkan jentera serangan bagi menghadapi saingan Liga Premier 2020.

Pemain import dari Perancis yang berusia 30 tahun ini adalah produk bola sepak Marseille dan turut pernah beraksi bersama kelab Ligue 1 itu sekitar tahun 2007 sehingga 2010.

Namun selepas itu, Gnabouyou beraksi bersama beberapa kelab lain di Perancis dan Eropah.

Advertisements

Beliau turut pernah mendapat panggilan bersama skuad Bawah-21 Perancis pada 2009. Gnabouyou turut pernah beraksi di Liga Inggeris bersama Torquay United pada 2017.

guy gnabouyou Kuala Lumpur Perkuatkan Pasukan Ikat Guy Gnabouyou
Guy Gnabouyou akan memacu jentera serangan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur sebelum ini turut menandatangani seorang pemain import dari Kyrgyzstan, Azamat Baimatov di posisi pertahanan.

Daripada senarai pemain import pada musim lalu pula, hanya Paulo Josue telah dikekalkan dan dilantik selaku kapten pasukan untuk mengharungi saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Advertisements

Manakala antara pemain tempatan yang menyertai Kuala Lumpur pada musim akan datang ialah seperti Akram Mahinan (PKNS FC) dan Shukor Adan (Melaka United).

Skuad warga kota itu juga bakal dibimbing oleh jurulatih berpengalaman, Nidzam Adhza Yusof untuk musim baru yang bakal tiba.

Selain daripada Gnabouyou, Kuala Lumpur dijangka akan meneruskan misi mencari pemain import yang bersesuaian untuk memperkuatkan pasukan sebelum sepak mula Liga Premier 2020.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram