Ketua pasukan Kuala Lumpur City, Paulo Josue mengakui mutu di bahagian serangan Terengganu dilihat akan memberi ancaman kepada pasukannya.
Bagaimanapun, beliau menasihati rakan sepasukan agar sentiasa dalam keadaan sedia dan berharap kemenangan milik KL City.
Paulo juga menganggap KL City akan ada banyak peluang yang banyak untuk menang jika KL City membuka tirai terlebih dahulu.
“Sekiranya kami berjaya jaringkan gol terlebih dahulu, mungkin suasana perlawanan di sana akan berubah dan akan memudahkan lagi peluang untuk kami jaringkan gol yang seterusnya.
“Ini disebabkan Terengganu pasti akan agresif dan bermain lebih terbuka yang seterusnya membuka ruang di bahagian belakang mereka.
“Namun, kualiti serangan Terengganu sangat berbahaya dan kita perlu sentiasa berhati-hati, harap tuah akan bersama KL City,” katanya kepada MFL.
KL City bakal bertandang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu bagi pertemuan suku akhir kedua Piala Malaysia 2022 malam ini.