Kuching City Adakan Pra-Musim Di Zon Tengah Sarawak
Dunia
Kuching City FC
Advertisements

Tatkala sebahagian pasukan Liga Super mengadakan persiapan pra-musim di luar negara, Kuching City memilih pendekatan sebaliknya. Skuad yang dibimbing Irfan Bakti itu bakal mengadakan pra-musim di Zon Tengah Sarawak iaitu di Sibu, Mukah dan Betong.

Rancangan pra-musim Il Gatto ini dikongsikan di laman media sosial mereka beberapa hari lepas.

Tujuan pra-musim diadakan di zon ini dibuat atas dua sebab. Selain mengatur persiapan mantap menjelang saingan Liga Super yang bermula pada akhir Februari ini, ini memberi peluang kepada rakyat Sarawak mengenali pasukan yang berpangkalan di Kuching itu.

Advertisements

Kuching City bakal berdepan Mukah FA petang ini di Padang Mesra MDDM Mukah. Selepas itu, mereka bakal melayan Betong FA di Kompleks Sukan Betong pada 26 Januari sebelum mengakhiri pra-musim dengan Nangka United pada 28 Januari.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram