Dunia
Advertisements

Sebuah lagi negara dari Asia Barat iaitu Kuwait berminat untuk mengadakan perlawanan persahabatan bagi menguji kekuatan skuad Harimau Malaya pada bulan Jun ini.

Kuwait ialah negara ketiga dari Asia Barat yang berminat untuk menentang Malaysia selepas Bahrain dan Palestin turut menyatakan persetujuan mereka untuk mengadakan perlawanan pemanas badan sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Menurut kenyataan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam, Malaysia dijangka akan menentang Kuwait di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 Jun 2020 sebelum berlepas ke Bangkok untuk aksi terakhir kumpulan G menentang Thailand pada 9 Jun 2020.

Advertisements

“Kami baru terima berita daripada Kuwait bahawa kami mungkin akan mengadakan perlawanan persahabatan pada Jun depan, sebelum beraksi di Thailand.

“Kami mungkin mengharungi perlawanan persahabatan di tempat sendiri sebelum berlepas ke Bangkok,” katanya.

HarimauMalaya Kuwait Sedia Uji Harimau Malaya Pada Jun 2020
Skuad kebangsaan akan diuji oleh 3 negara dari Asia Barat

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memilih negara dari Asia Barat itu dengan mengadakan perlawanan persahabatan bagi memastikan skuad Harimau Malaya lebih bersedia dari segi fizikal dan mental kerana baki 3 perlawanan kumpulan G bakal menghadirkan tentangan sengit.

Advertisements

Malaysia kini berada di tangga kedua dalam kumpulan G kempen kelayakan Piala Dunia 2022 dengan 9 mata selepas mencatat 3 kemenangan ke atas Indonesia dan Thailand.

Justeru itu, FAM enggan melepaskan peluang untuk menempah tiket automatik ke Piala Asia 2023.

“Kami bukan sahaja menumpukan perhatian kepada (usaha memperbaiki) ranking tetapi perlawanan yang mencabar.

Advertisements

“Ia diharap memberi pengalaman dan persediaan kepada pasukan untuk menghadapi perlawanan seterusnya,” jelas Stuart.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram