KV Kortrjik Pecat Adnan Custovic, Peluang Luqman Hakim Menyinar?
Dunia
kvkortrijk
Advertisements

Sebentar tadi, KV Kortrjik baru sahaja mengumumkan bahawa telah memberhentikan khidmat ketua jurulatih dan penolong jurulatih mereka iaitu Adnan Custovic dan juga Gunter Van Handenhoven.

Pemecatan yang dilakukan pihak pengurusan dengan terus berbuat keputusan yang sedemikian adalah demi kelab yang kini diambang kejatuhan mendadak.

Kini, KV Kortrjik berada di situasi sukar apabila berada di zon penyingkiran (tangga kedua tercorot) selepas mencatatkan kekalahan ke-11 daripada 17 perlawanan dalam saingan Liga Belgium.

Advertisements

Adakah ini peluang Luqman Hakim untuk menyinar?

Setakat ini, Luqman Hakim baru hanya beraksi satu perlawanan sahaja dalam saingan liga. Namun, beliau sudah mula mendapat sentuhan penyudahnya bersama skuad B-21 pada musim ini apabila berjaya mengumpul 1 jaringan dan 1 bantuan jaringan.

Mungkin ini peluang buat penyerang muda ini untuk berada dalam skuad senior dengan mempamerkan persembahan terbaik dalam usaha memikat jurulatih yang baharu nanti.

Advertisements

Beliau harus menggunakan kepantasan dan kebijaksanaan yang dimilikinya di atas padang untuk meningkatkan lagi kematangan gaya permainannya.

Dengan usia yang masih muda, ketika ini adalah proses pembelajaran atau cabaran dan halangan seorang pemain bola sepak untuk menjadi pemain profesional yang terbaik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram