Dunia
Advertisements

Peminat bola sepak tanah air bakal melihat lagi pemain naturalisasi menyarung jersi Harimau Malaya. Dikhabarkan kelibat bintang dalam kelab Johor Darul Takzim (JDT) dan Perak iaitu Liridon Krasniqi dan Guillherme De Paula akan menyarung jersi tidak lama lagi.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang juga pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sama ada kedua-dua pemain itu dapat beraksi bersama skuad kebangsaan akan diketahui bulan ini.

Menurutnya, beliau optimis kedua-dua pemain terbabit akan dapat melepasi syarat yang ditetapkan FIFA selepas pihaknya selesai menghantar dokumen lengkap yang diperlukan badan induk bola sepak dunia itu.

Advertisements

“Pada kita nampak positif untuk diluluskan sebab itu kami hantar borang tersebut kepada FIFA. Semua dokumen yang diperlukan FIFA juga kita penuhi tetapi kita tidak tahu mungkin dari segi pandangan FIFA ada yang tidak kena.”

“Namun, keyakinan kami tinggi bahawa ia akan diluluskan dan kedua-dua pemain itu dapat bermain bersama pasukan kebangsaan nanti,” katanya.

Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi Lagi Pemain Naturalisasi Bakal Sarung Jersi Harimau Malaya
Datuk Mohd Yusoff Mahadi optimis kedua-dua pemain akan mendapat kelulusan FIFA

Mohd Yusoff juga memberitahu, tiada masalah untuk mendaftarkan kedua-dua pemain itu sebagai rakyat Malaysia yang mana FAM sudah bersedia sepenuhnya dengan dokumen yang diperlukan.

Advertisements

“Jika sudah lepas di peringkat FIFA, kami akan daftarkan kerakyatan mereka. Kami juga sudah bersedia dengan segala dokumen untuk diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia,” jelasnya.

Bagaimanapun katanya, Liridon dan De Paula tidak boleh beraksi pada baki tiga aksi Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 itu dan hanya boleh didaftarkan jika Malaysia layak ke pusingan ketiga kempen kelayakan tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram