Lain Padang Lain Belalang, Kim Pan-gon Ingin Terapkan Budaya Bola Sepak Menyerang
Dunia
TEAM MALAYSIA
Advertisements

Menyelami peribahasa lain padang lain belalang yang membawa maksud adat atau cara sesebuah negeri dengan negeri yang lain itu adalah berbeza, sesebuah tempat itu juga mempunyai tatacara tersendiri serta gaya kehidupan yang berlainan.

Hal ini sinonim dengan penerapan budaya baharu dalam bola sepak Malaysia yang ingin dibawa oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon. Beliau mahu menggayakan bola sepak Malaysia menjadi sebuah pasukan yang mempunyai budaya dan identiti tersendiri.

Pengendali yang berusia 52 tahun itu beranggapan banyak perubahan positif telah dibawa masuk ke dalam kem kebangsaan. Menurut Kim Pan-gon, selama sepuluh hari kem Harimau Malaya berkampung, beliau kini semakin yakin dengan bakat-bakat pemain yang sedia ada.

Advertisements

“Selama 10 hari lalu saya gembira bersama semua pemain, tiada aduan mengenai mereka. Tetapi kami cuba untuk menyelesaikan semua program di sini (Singapura) semestinya kami cuba untuk memperbaiki, lebih positif untuk pemain.”

“Bagi saya ia adalah permulaan yang baik, dari semasa ke semasa saya selesa berada di tempat duduk simpanan. Saya sangat yakin dengan prestasi semua pemain,” ujar Kim Pan-gon kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut perihal perlawanan yang membabitkan antara Malaysia dan Singapura tempoh hari, KPG akui bahawa Malaysia juga memiliki pemain-pemain yang hebat. Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi pasukan Malaysia untuk sekurang-kurangnya mengikat Singapura apabila banyak peluang telah disiakan.

Advertisements

Bagaimanapun jurulatih dari Korea Selatan ini tetap optimis dan melaungkan semangat yang jitu untuk membina sebuah budaya bola sepak kearah yang lebih positif.

“Mereka hebat. Malangnya, kami tidak dapat mengubah nasib walaupun banyak peluang. Saya rasa saya lebih cenderung untuk lebih menyerang, kami cuba menjadikan identiti bola sepak malaysia yang lebih positif,” kata Kim Pan-gon.

Medan sebenar buat skuad kendalian Kim Pan-gon adalah pada pusingan akhir Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun. Ujian pertama buat Pan-gon menyaksikan Malaysia bakal berdepan Turkmenistan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Jun 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram