Laporan Ronaldo Sertai Kelab Arab Saudi Rupanya Palsu
Dunia
Ben Jacobs
Advertisements

Sejak beberapa hari lalu tersebar berita mengatakan Cristiano Ronaldo yang kini merupakan ejen bebas, akan menyertai kelab Arab Saudi, Al-Nassr dengan bayaran cukup lumayan.

Bekas pemain terbaik dunia yang berusia 37 tahun itu dilaporkan oleh media Sepanyol, Marca, bahawa telah bersetuju menandatangani kontrak dua tahun setengah dengan Al-Nassr dan akan menerima sekitar 173 juta pound (RM925 juta) setahun.

Ia akan menjadikannya sebagai ahli sukan menerima bayaran tertinggi di dunia sepanjang zaman.

Advertisements

Begitupun, selepas aksi pusingan kedua Piala Dunia yang mana Portugal membenam Switzerland dengan jaringan 6-1, Ronaldo menafikan laporan yang sudah tersebar meluas itu.

“Tidak, ia laporan yang tidak benar, langsung tidak benar,” ujar pemain itu seperti dilaporkan Agensi.

Sejak ditamatkan kontrak oleh Manchester United, Ronaldo sering mendapat tumpuan malah banyak kelab dikaitkan dengan usaha cuba mendapatkannya termasuklah Newcastle United dan Inter Miami.

Advertisements

Namun dia nampaknya belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya, walaupun ada memberi bayangan mahu bersara sekiranya berjaya membantu Portugal untuk menjulang Piala Dunia 2022.

Baru-baru ini, dia telahpun memahat sejarah sebagai pemain pertama untuk menjaringkan gol dalam lima edisi Piala Dunia setelah menyempurnakan penalti ketika menewaskan Ghana.

Rekod seterusnya yang masih ada peluang untuk dia kejar adalah muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Portugal di Piala Dunia, yang ketika ini dipegang oleh Eusebio dengan sembilan gol.

Advertisements

Ronaldo ketika ini sudah ada lapan gol secara keseluruhan dalam 20 penampilan di Piala Dunia dan memerlukan dua lagi gol untuk mengatasinya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram