Dunia
IG Latiff Suhaimi / FAM Official
Advertisements

Menyarung jersi keramat Harimau Malaya pastinya menjadi satu kebanggaan buat mana-mana pemain yang terpilih. Namun adat permainan, ada kalah dan ada menang. Bila menang semua memuji, kalah pula dikeji.

Situasi ini berlaku buat pemain pertahanan berpengalaman Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan. Nama beliau disebut-sebut sebagai salah seorang pemain yang tidak beraksi dengan baik ketika perlawanan menentang Singapura tempoh hari.

Kekalahan 1-2 kepada Singapura itu menjadi satu igauan ngeri buat barisan pemain negara. Mana tidaknya, Singapura hanya memerlukan dua ‘shot on target’ untuk menjaringkan dua gol. Kedua-duanya melalui Ikhsan Fandi.

Advertisements

Selepas kekalahan tersebut, banyak suara yang kedengaran dengan menyalahkan sesetengah pemain yang menampilkan aksi kurang memuaskan. Salah seorangnya ialah Aidil Zafuan di bahagian pertahanan Harimau Malaya.

Terdapat juga pihak yang ‘melampau’ dengan melakukan suntingan kepada wajah Aidil Zafuan dan menukarkan wajah pemain itu dengan bintang Manchester United, Harry Maguire. Seperti yang diketahui, Harry Maguire adalah pemain yang tidak disenangi penyokong Manchester United dek kerana prestasi tidak menentu.

Adik kepada Aidil iaitu Zaquan Adha juga turut bersedih dengan apa yang menimpa abangnya itu dan menganggap itu lumrah kehidupan sebagai pemain bola sepak.

Advertisements

Dalam pada itu, satu komen telah ditinggalkan oleh bekas rakan sepasukan Aidil iaitu Latiff Suhaimi. Kedua-dua pemain ini pernah beraksi bersama ketika menyarung jersi kebangsaan. Latiff menganggap Aidil merupakan kapten terbaik yang pernah beliau kenali.

“Kapten terbaik yang saya pernah kenal dan pernah main satu pasukan. Semangat juang Aidil tak boleh nafikan untuk Malaysia. #Respect.

“Idola saya. Perlawanan tu bukan salah dia.. Masa menang semua angkat bila kalah siap edit dan  kata-kata kesat. Mentaliti kampung dan sampah peminat bolasepak malaysia. Bukan semua tapi kebanyakan.” luah Latiff dalam ruang komen instagram Zaquan.

Advertisements

Kita sebagai penyokong haruslah berfikir panjang sebelum memberikan komen. Jangan melampau dan kita perlu hargai titik peluh pemain-pemain ini yang sudah berjuang demi pasukan Harimau Malaya. Diharapkan Aidil tidak luntur semangat dan tampil lebih baik lagi apabila dipilih kelak.

Latiff Suhaimi Aidil Zafuan Latiff Suhaimi Luah Sesuatu Mengenai Aidil Zafuan, Memang 'Menyentuh Jiwa'
Komen yang ditinggalkan oleh Latiff Suhaimi mengenai gambar Aidil yang disunting. Kredit IG zaqone_08.
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram