Latihan Intensiti Tinggi Jadi Medan Luqman Hakim Tambat Hati Pan-gon
Dunia
FAM
Advertisements

Penyerang pasukan kebangsaan, Luqman Hakim Shamsudin tekad untuk menambat hati ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama pasukan.

Pemain berusia 20 tahun itu sekali lagi mendapat kepercayaan ketua jurulatih baharu itu setelah sebelum ini turut mendapat kepercayaan oleh bekas jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe.

Khidmat Luqman dilihat cukup penting dalam pasukan kebangsaan tatkala pengalaman yang diraih bersama kelab Liga 1 Belgium, KV Kortrijk terus membantu bagi mengembangkan lagi potensinya.

Advertisements

Oleh yang demikian, beliau mahu membuktikan bahawa kehadiran beliau ke dalam skuad ini bakal memainkan peranan yang penting terutamanya bagi menajamkan lagi barisan serangan Harimau Malaya.

Sambil itu, beliau mahu menjadikan siri perlawanan persahabatan ini sebagai pentas terbaik untuk membuktikan kemampuan sebenarnya di atas padang.

‘Saya pernah bermain (bersama skuad kebangsaan) di Dubai dan Piala AFF, jadi kelemahan sebelum ini perlu diperbaiki.’

Advertisements

‘Saya tahu kelemahan sendiri, saya kena belajar daripada kesilapan,’ -Jelasnya kepada Stadium Astro.

Penyerang KV Kortirjk itu mengakui masih banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan dengan aksi yang diperagakan ketika diberi peluang beraksi dalam dua tugasan bersama Harimau Malaya sebelum ini.

‘Mungkin saya tidak berpuas hati dengan persembahan sebelum ini, jadi saya kena tunjuk balik (kemampuan).’

Advertisements

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan ini merupakan antara 15 orang yang dikekalkan daripada skuad Piala AFF tahun lalu.

Beliau kini hanya fokus untuk memberikan yang terbaik sambil bersaing secara sihat oleh barisan penyerang seperti Syafiq Ahmad dan R. Kogileswaran untuk mengisi posisi penyerang negara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram