Latihan Keras Di JDT Bantu Syamer Kutty Menyerlah Bersama Harimau Malaya
Dunia
PFA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba mengakui latihan keras yang diterapkan di Johor Darul Ta’zim (JDT) sedikit sebanyak telah membantu beliau mempamerkan aksi yang lebih cemerlang bersama skuad kebangsaan baru-baru ini.

Seperti yang kita tahu, sehingga kini JDT kekal mempratikkan latihan yang berintensiti tinggi kepada para pemain supaya tahap kecergasan dan juga stamina para pemain berada pada tahap yang tinggi.

Justeru itu, perkara ini merupakan salah satu sebab para pemain JDT sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya diberi peluang untuk turun beraksi dalam mana-mana perlawanan.

Advertisements

Dalam pada itu, Syamer juga menganggap dirinya masih belum sempurna dan perlu perbaiki banyak kelemahan yang ada bagi meningkatkan lagi corak permainan ke tahap yang lebih baik.

“Saya bersyukur kerana telah diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama dalam dua perlawanan ini tetapi saya masih tidak menganggap bahawa diri saya pemain penting dalam pasukan.”

Sementara itu, beliau menjelaskan dua perlawanan persahabatan ini adalah persiapan awal yang penting bagi skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 nanti.

Advertisements

Syamer berharap pada perlawanan yang sebenar nanti beliau dan rakan sepasukan akan buat yang terbaik untuk mencipta sejarah Malaysia layak ke kejohanan Piala Asia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram