Ledakan Emas Haikal Sahar Ala-Ala Zhafri Yahya

Haikal Sahar Ledakan Emas Haikal Sahar Ala-Ala Zhafri Yahya
sportflex/skuadprojekfammsn
Alif Syazani @SyazaniAlif
10:54pm 16/03/2022

Penyerang skuad Projek FAM-MSN, Haikal Sahar telah berjaya mencatat hatrik pada aksi pertamanya dalam saingan Piala FA pusingan pertama musim ini.

Pemain berusia 19 tahun itu berjaya mempamerkan aksi cemerlang dengan mencipta tiga jaringan yang menarik ketika menentang Tok Janggut Warriors.

Haikal Sahar merupakan pemain yang menggantikan posisi Azhad Haraz yang kini bersama pasukan Liga Super, Sabah FC.

Jaringan pertamanya menerusi sepakan percuma ‘leret’ daripada luar kotak berjaya mengelirukan penjaga gol Tok Janggut Warriors.

Sementara itu, jaringan ketiga peribadinya ala-ala seperti ledakan Zhafri Yahya ketika KL City menentang Langkawi FC.

Skuad Projek FAM-MSN mula langkah kanan apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua Piala FA. Ujian kedua bagi Skuad Projek FAM-MSN selepas ini bertemu pasukan Kelantan FC bagi saingan Liga Premier pada jumaat.