Ledakan ‘Half Voli’ S. Kumaahran Gamatkan Kemenangan PJ City
Dunia
Unifi
Advertisements

Penyerang baharu PJ City FC, Kumaahran Sathasivam berjaya menjaringkan gol pertamanya dalam perlawanan pertama bagi saingan Liga Super 2022.

Jaringan ‘half voli‘ daripada luar kotak hasil gerakan serangan balas bermula daripada Mahali Jasuli berjaya menghukum pasukan Melaka United.

Untuk pengetahuan, S.Kumaahran merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim dan beliau telah dipinjamkan kepada pasukan Pahang dan Melaka United.

Advertisements

Untuk rekod, pemain berusia 25 tahun ini bersama pasukan Melaka United selama satu musim dan berjaya menjaringkan empat gol dalam 15 perlawanan.

Semestinya selepas ini, S. Kumaahran bakal menjadi taruhan utama P.Maniam di bahagian serangan selepas aksi cemerlang yang ditampilkan oleh beliau.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram