Lee Tuck Mahu Pacu Sri Pahang Gegar Piala Malaysia
Piala Malaysia
Sri Pahang FC Official
Advertisements

Perlu diakui tidak ramai memperkatakan tentang potensi Sri Pahang untuk mencipta kejutan dalam Piala Malaysia edisi kali ini, tatkala tumpuan seperti biasa terarah kepada JDT, Terengganu, Sabah, Kedah mahupun Selangor.

Namun dalam diam, skuad tok gajah kendalian Dato’ Dollah Salleh nampaknya sudah sedia untuk mengegar.

Sri Pahang akan menentang Terengganu di pusingan kedua pada 27 Oktober dan 1 November ini, satu perlawanan yang dijangka sukar bagi mereka apatah lagi dalam aksi Liga Super sebelum ini, mereka tewas kedua-dua perlawanan kepada naib juara liga itu.

Advertisements

Begitupun, bagi pemain naturalisasi baru Sri Pahang, Lee Tuck, ia mungkin satu kesilapan jika cabaran mereka dipandang enteng hanya disebabkan berkesudahan di tangga ketujuh Liga Super.

“Saya percaya kami boleh pergi lebih jauh kerana mempunyai pasukan yang bagus dengan semangat berpasukan dan semangat melawan tinggi seperti yang dipamerkan pada beberapa perlawanan terakhir Liga Super.

“Kami bermain dengan sangat baik ketika menentang Sabah dan Negeri Sembilan, jika kami lebih tajam, terus perbaiki kelemahan dan membentuk pasukan yang mantap, tidak mustahil Sri Pahang mampu menewaskan Terengganu dan tampil mengancam di Piala Malaysia kali ini,” kata Lee Tuck.

Advertisements

Seperti kata Lee Tuck, Sri Pahang menunjukkan peningkatan dalam beberapa aksi terakhir liga dan ia turut mendapat pujian daripada Dollah Salleh.

Ketika menentang Sabah, mereka hampir mencatat kemenangan namun tewas menerusi dua jaringan lewat permainan dan kemudiannya menutup kempen liga dengan kemenangan 2-0 ke atas Negeri Sembilan.

Berita Berkaitan : “Malam Ini Sepatutnya Milik Pahang” – Dollah Salleh

Advertisements

Sementara itu, mengenai kemungkinan akan membuat penampilan sulungnya musim ini dalam kempen Piala Malaysia, ini reaksi Lee Tuck.

“Selepas menunggu lama untuk bermain, pastinya mengujakan untuk beraksi pertama kali menentang pasukan lama saya, Terengganu. Namun, lebih penting saya menantikan perlawanan itu untuk memastikan Sri Pahang mampu mencatat kemenangan.

“Belum ada jaminan saya diturunkan, tetapi jika diberi peluang, setiap minit saya akan bermain dengan bersungguh-sungguh dan menunjukkan komitmen penuh demi Sri Pahang,” ujar pemain itu lagi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram