Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia menempah tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF bagi musim 2024.
Lee Zii Jia hadir ke Shenzhen minggu ini untuk menghadapi saingan China Masters dalam usaha mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir yang bakal berlangsung Disember ini.
Walau bagaimanapun, perjalanan wakil negara ini terhenti di pusingan pertama setelah tumbang kepada Lakshya Sen dari India dalam pertarungan 3 set yang memakan masa 54 minit.
Dengan kekalahan tersebut, peluang buat Zii Jia untuk mara terletak di tangan pemain lain yang turut bersaing ketika ini dalam carta pengejaran Race To Hangzhou seperti Koki Watanabe.
Menerusi kiraan mata oleh Shuttlehard, Lee Zii Jia secara rasminya telah mengesahkan tempat ke Jelajah Dunia Akhir apabila kedudukan dalam kelompok 8 pemain terbaik telah terjamin.
Untuk rekod, ini merupakan penampilan ketiga buat Zii Jia di Jelajah Dunia Akhir setelah turut layak pada edisi 2020 serta 2021 yang menyaksikan pencapaian terbaik adalah separuh akhir 3 tahun lalu.
Selain Zii Jia, 4 lagi wakil negara yang sudah menempah tiket lebih awal adalah Nur Izzuddin-Goh Sze Fei, Pearly Tan-M. Thinaah, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee We