Legenda Portugal Bangga Dengan Pencapaian TMJ
Dunia
Johor southern tigers
Advertisements

Legenda bola sepak Portugal, Luis Figo amat berbangga dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ) bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini.

Malam tadi, JDT baru sahaja mengesahkan kejuaraan keempat bagi musim ini selepas berjaya menewaskan Selangor pada perlawanan terakhir Piala Malaysia 2022 dengan keputusan 2-1.

Bekas pemain Real Madrid itu turut mengucapkan tahniah di atas kejayaan TMJ yang berjaya membawa JDT merangkul Piala Malaysia 2022 pada musim ini.

Advertisements

Menurut hantaran di Instagram milik TMJ, Baginda mencabar mana-mana pasukan lain di Liga Malaysia untuk cuba mengalahkan rekod cemerlang yang telah dicapai oleh JDT.

Selain daripada trofi Piala Malaysia, JDT turut merangkul kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Sumbangsih bagi edisi 2022 ini.

Advertisements

Ini menyaksikan JDT sekali lagi mencipta sejarah di Liga Malaysia apabila menjadi pasukan pertama bergelar juara quadraple (empat trofi semusim) tahun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram