Liga bola sepak dari negara Indonesia yang dikenali sebagai Liga 1 Indonesia muncul liga paling berharga di ASEAN bagi tahun 2022 apabila memiliki nilai sebanyak €71.87 juta menurut statistik Transfermarkt. Liga 1 Indonesia memintas Thailand League yang memiliki nilai sebanyak €71.48 juta.
Dalam kalangan negara-negara ASEAN, Liga 1 Indonesia berada pada kedudukan pertama bagi kategori Liga Paling Bernilai Tahun 2022. Thailand League berada ditangga kedua diikuti dengan Vietnam League (€38.60 juta). Liga Super Malaysia pula berada ditangga ke-4 dengan nilai €37.44 juta. Ditangga ke-lima ialah Singapore Premier League dengan nilai €14.76 juta dan ditangga ke-6 ialah Laos Premier League dengan nilai €4.02 juta.
Manakala beberapa buah liga seperti Phillipines Football League (Filipina) dan Myanmar Football League (Myanmar) pula tidak dapat dipastikan nilai liga tersebut berkemungkinan daripada sumber data dan statistik yang terhad.
Jika dibandingkan antara negara-negara ASEAN, Liga bola sepak Indonesia berada ditangga pertama diikuti Thailand, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Laos. Nilai Liga 1 Indonesia turut mencecah hampir 2 kali ganda nilai Liga Super Malaysia.
Bagi kategori Liga Asia, Professional Leagues iaitu liga bola sepak Arab Saudi berada ditangga pertama Liga Paling Bernilai Kategori ASIA dengan nilai €332.20 juta.