Liga Europa: Liverpool Nyaris Diaibkan Kelab Austria
Eropah
Liverpool FC
Advertisements

Kelab gergasi EPL, Liverpool bangkit dari ketinggalan buat kali keempat musim ini sebelum mengalahkan kelab kerdil Austria, LASK dalam saingan Liga Europa awal pagi ini.

Seperti disaksikan dalam perlawanan menentang Bournemouth, Newcastle United dan Wolves, The Reds dikejutkan dengan gol awal pihak lawan. The Black-Whites mendahului menerusi Florian Flecker pada minit ke-14.

Flecker melepaskan satu rembatan kencang yang gagal disekat penjaga gol kedua Liverpool, Caoimhin Kelleher. Keputusan 1-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, The Reds mula pamerkan kebangkitan. Penyerang Uruguay, Darwin Nunez menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-56.

Penalti diberi kepada pelawat selepas bekas penyerang Benfica itu dijatuhkan Philipp Ziereis dalam kotak penalti. Nunez tenang menewaskan penjaga gol tuan rumah, Tobias Lawal.

Advertisements

Tersentak, LASK cuba mencari gol pendahuluan buat kali kedua. Bagaimanapun, giliran mereka pula ketinggalan pada minit ke-63 apabila Luis Diaz mudah menyempurnakan hantaran Harvey Elliott.

Kemenangan Liverpool dimuktamadkan menerusi tolakan mudah Mohamed Salah mengatasi Lawal pada minit ke-88. Menariknya, gol tersebut menjadikan Salah penjaring terbanyak bersama dalam kejohanan peringkat Eropah bersama legenda Arsenal, Thierry Henry dengan 42 gol.

Advertisements

Tiga gol pada separuh masa kedua cukup untuk The Reds meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan E. Liverpool kini berdepan tugas sukar apabila menerima kunjungan West Ham di Anfield pada 24 September ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram