Liga Europa: Manchester United Mudah Tundukkan Sheriff
Eropah
MakanBola
Peter Cziborra/Action Images/Reuters
Advertisements

Manchester United mencipta kemenangan mudah 2-0 ke atas Sheriff Tiraspol dalam perlawanan kedua Liga Europa.

United tampil dengan pasukan utama bagi mengelak daripada menjadi mangsa Sheriff di peringkat Eropah musim lepas iaitu Real Madrid dan Shakhtar Donetsk.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Red Devils patut dianugerahkan sepakan penalti selepas Cristiano Ronaldo ditolak pemain pertahanan Gaby Kiki. Bagaimanapun, ia tidak diberi oleh pengadil Pawel Raczkowski.

United mendahului pada minit ke-19 menerusi jaringan cantik Jadon Sancho selepas menerima hantaran Christian Eriksen.

Advertisements

Ronaldo menambah jaringan Manchester United menerusi sepakan penalti pada minit ke-39. Gol tersebut juga merupakan gol ke-699 karier bola sepaknya.

Separuh masa kedua menyaksikan tiada tambahan gol dengan keputusan 2-0 kekal sehingga wisel penamat.

Manchester United akan berdepan Omonia Nicosia untuk perlawanan ketiga Liga Europa pada 7 Oktober ini.

Advertisements

News Comments Account