Dunia
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) optimis, beberapa pasukan tempatan akan dapat menyelesaikan masalah tunggakan gaji, sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2020, pada 28 Februari ini.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, hanya beberapa pasukan seperti Melaka dan Kelantan yang masih berusaha untuk melangsaikan hutang sedia ada kepada pemain masing-masing setelah memberi jaminan kepada FAM sebelum ini.

“Kita akan mengeluarkan kenyataan pada 15 Januari ini, mengenai beberapa kes tunggakan hutang yang baharu, melibatkan beberapa pasukan seperti Polis Diraja Malaysia dan Melaka.

Advertisements

“Setakat ini, kita tidak menerima sebarang aduan rasmi daripada mana-mana pemain, kecuali (pemain Melaka), Mohd Shukor Adan yang mengemukan afidavit kepada kita, berhubung tuntutan gaji beliau daripada Persatuan Bola Sepak Melaka dan kita akan menggunakan SOP (Prosedur Operasi Standard) untuk menyelesaikan isu berkenaan,” katanya.

perlis Liga-M 2020: FAM Tetap Optimis Pasukan Bertanding Selesai Isu Gaji
Iktibar Perlis berkaitan gaji pemain tertunggak sehingga tersingkir daripada Liga M

Pada masa yang sama, Stuart turut mengulangi gesaannya supaya mana-mana pemain yang berdepan isu tunggakan gaji dengan majikan masing-masing supaya tampil membuat aduan kepada FAM, sambil menambah badan induk itu bersikap terbuka untuk menerima sebarang laporan berhubung isu berkenaan.

Baru-baru ini, Mohd Shukor dilaporkan mengambil keputusan menghantar afidavit bagi menuntut hak gaji dan bonus daripada Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) kepada FAM, tanpa melalui pihak ketiga.

Advertisements

Dilaporkan 13 lagi pemain pasukan berkenaan yang juga menghadapi masalah tunggakan gaji, turut melakukan tindakan sama, namun memilih Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) untuk mewakili mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram