Liga Malaysia Capai 99% Kejayaan Fungsi VAR
MakanBola
Terengganu FC

Sistem bantuan video pengadil (VAR) dalam Liga Malaysia (Liga M) telah mencapai kejayaan 99%.

Pencapaian itu dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysian Football League (MFL), Mohd Shazli Shaik Mohd dalam sesi meja bulat yang diadakan pada 29 April lalu.

Peratusan itu dikira dengan mengambil kira bilangan perlawanan musim 2025/26 yang dijalankan setakat ini iaitu 191 perlawanan.

Daripada 191 perlawanan, 118 daripadanya dijalankan menerusi lori VAR khas. Baki 73 perlawanan lagi dijalankan secara jarak jauh.

Hanya satu perlawanan sahaja yang tidak dapat menggunakan sistem VAR iaitu aksi pusingan 16 Piala Malaysia antara Terengganu FC dan UM Damansara pada Januari lalu.

Sistem VAR tidak dapat digunakan dalam perlawanan tersebut kerana masalah teknikal membabitkan sistem berkenaan.

Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 5-0 buat Peteh. Terengganu mara ke suku akhir dengan keputusan agregat 7-0.