Liga Malaysia Setaraf Divisyen 4 England
Asia Tenggara
Johor Southern Tigers
Advertisements

Liga Super Malaysia kini dilaporkan berada pada tahap yang sama dengan Diviyen ke-4 di England.

Statistik ini dikongsikan oleh laman analisis Opta Power Rankings, Liga Super berada sebaris dengan beberapa liga besar di dunia ketika ini.

Perkembangan dan kemajuan Liga Malaysia seringkali mendapat perhatian yang menyeluruh daripada seluruh dunia dan ia merupakan satu petanda positif buat liga negara kita.

Advertisements

Berdasarkan kajian tersebut, Liga Super Malaysia dikatakan berada pada tahap yang sama dengan Liga 1 Indonesia bagi rantau Asia Tenggara.

Selain itu, bagi rantau Asia pula, liga yang paling hampir dengan taraf Liga Super agak mengejutkan dengan Liga Divisyen 1 Saudi menjadi pilihan laman statistik tersebut.

Sungguhpun ia bukanlah perbandingan dengan Liga Pro Saudi yang menyaksikan kelibat bintang Sensasi dunia, Cristiano Ronaldo berada, ini sudah memberi isyarat yang jelas terhadap peningkatan mutu liga tempatan.

Advertisements

Walau bagaimanapun, perbandingan yang jelas dilakukan apabila Liga Super diletakkan sebaris dengan EPL League Two (Divisyen 4) dan juga France National 2 (Divisyen 4).

Ketika ini, Liga Super berada pada tangga teratas di rantau Asia Tenggara dan ke-9 Asia berdasarkan statsitik yang dikongsikan oleh Footy Rankings.

Usaha menambah baik kualiti liga tempatan sudah pasti mampu melonjakkan lagi nama Malaysia dengan persaingan hebat pasukan seperti JDT di Liga Juara-Juara AFC menjadi sebab kukuh buat Liga Malaysia terus melebarkan sayap.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram