Dunia
Cambodian Premier League
Advertisements

Ketua pegawai eksekutif Liga Premier Kemboja, Encik Satoshi Saito telah mendapatkan khidmat pakar penjagaan rumput dari Jepun untuk memeriksa rumput di beberapa buah stadium yang digunakan sebagai venue aksi bola sepak liga Kemboja. Shoji Ikeda adalah antara pakar penjagaan rumput terbaik di Jepun.

Shoji Ikeda telah membina padang rumput untuk Stadium Nasional Olimpik Tokyo 2020 ,Pusat Latihan Kebangsaan JFA dan juga merupakan ahli penasihat kepada Singapore Sports Hub. Pakar rumput Shoji Ikeda telah memeriksa rumput di stadium Prince CPL dan juga rumput di tapak latihan Preah Khan Reach Svay Rieng Football Club.

Beberapa buah stadium seperti Stadium Cambodia Airways, Stadium Tiffy Army dan Stadium Smart R.S.N turut ditinjau oleh Shoji Ikeda malah pakar penjagaan rumput dari Jepun itu juga sempat berjumpa dan berbincang dengan beberapa pasukan teknikal kelab di Liga Kemboja dalam satu hantaran Facebook Cambodian Premier League.

Advertisements
rumput 1 Liga Premier Kemboja Dapatkan Khidmat Pakar Penjagaan Rumput Dari Jepun
Shoji Ikeda

Ini adalah satu langkah proaktif dari Liga Premier Kemboja untuk mendapatkan nasihat serta pandangan pakar dalam meningkatkan kualiti rumput padang bola sepak Kemboja. Perkara ini juga penting dalam meningkatkan lagi tahap bola sepak negara Kemboja.

Keadaan padang rumput yang berkualiti dapat meningkatkan mutu permainan bola sepak dan juga mengurangkan risiko kecederaan pemain malah secara tidak langsung meningkatkan lagi imej bola sepak Kemboja.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram