Advertising
Liga Super: Hanya Aksi JDT vs PDRM Catat Kehadiran 5 Angka
MakanBola
Johor Southern Tigers

Aksi Johor Darul Ta’zim (JDT) dan PDRM FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) merekodkan angka kehadiran tertinggi untuk aksi minggu ke-20.

Meskipun aksi berkenaan diadakan pada hari bekerja dan pertengahan minggu, itu dilihat tidak menjejaskan semangat penyokong untuk hadir ke SSI. Ini terbukti dengan kehadiran 12,600 di stadium berkenaan pada 5 Februari lalu.

Ad

Aksi tersebut menyaksikan Harimau Selatan merekodkan kemenangan 4-0 ke atas The Cops. Kemenangan ini meletakkan JDT selangkah untuk meraih gelaran juara buat kali ke-11.

Ad

Kehadiran kedua tertinggi direkodkan dalam aksi membabitkan Selangor FC dan Sri Pahang FC pada 8 Februari lalu.

Aksi yang berlangsung di Stadium MBPJ itu merekodkan kehadiran 3,023 orang. Seperti aksi JDT dan PDRM, aksi liga ini menemukan Selangor selaku finalis MFL Challenge Cup dan Sri Pahang (finalis Unifi Piala Malaysia).

Ad

Aksi ini berakhir dengan kemenangan 2-0 buat Merah Kuning. Gol Ali Olwan dan Ronnie Fernandez memastikan pasukan itu kekal tanpa kalah dalam 10 perlawanan.

Ad

Perlawanan membabitkan Kuching City FC dan Perak FC merekodkan kehadiran ketiga tertinggi iaitu 1,200 orang.

Ad

Penyokong yang menghadiri aksi tersebut pada 7 Februari lalu di Kuching terhibur apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1. Gol penyamaan Ramadhan Saifullah memadamkan kelebihan gol awal Firdaus Saiyadi.

Dua aksi Liga Super merekodkan kehadiran tiga angka. Dua aksi tersebut ialah aksi Negeri Sembilan FC-Terengganu FC dan Kelantan Darul Naim FC-Penang FC.

Aksi Sang Rusa dan Peteh di Paroi pada 9 Februari lalu menarik kehadiran 694 orang penyokong. Aksi Sang Kijang Emas dan Sang Harimau Kumbang di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV) pula menarik kehadiran 265 orang penyokong.

Aksi Kelantan DN-Penang berakhir dengan kemenangan besar 6-1 buat pelawat. Terengganu dipaksa bekerja keras sebelum menewaskan Negeri Sembilan 2-0.