Liga Super: Imigresen Tambah Duka Terengganu
MakanBola
IFC Corp Mighty Tigers

Terengganu menanggung satu lagi kekalahan selepas tewas kepada Imigresen dalam perlawanan Liga Super 2025-2025 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jumaat.

Kekalahan 1-3 di tempat sendiri ini menyaksikan Terengganu terus kempunan bagi mengutip 3 mata dalam 4 aksi terakhir termasuklah ketika tewas kepada Kuching City pada minggu lalu.

Gandingan Yann Mabella bersama Careca kembali menerajui jentera serangan Terengganu tatkala Imigresen menurunkan trio berbisa mereka iaitu Wilmar Jordan, Eduardo Sosa serta Elvis Kamsoba.

Tuan rumah tidak menunggu lama bagi membuka akaun gol apabila sentuhan Careca berjaya melepasi kawalan benteng Imigresen sebelum menewaskan Farhan Abdul Majid seawal minit ke-6

Kealpaan barisan pertahanan Terengganu dihukum selepas Diego Landis tertampan bola ke gawang sendiri ketika ingin mengeluarkan bola hantaran lintang selang 12 minit selepas itu.

Pelawat dihadiahkan sepakan penalti akibat terjahan Hairiey Hakim dan Wilmar Jordan mudah menyempurnakan tugasan tersebut pada minit ke-32 bagi Imigresen mendahului 2-1 di babak pertama.

Kebangkitan yang mahu dilakar oleh Terengganu di separuh masa kedua tampak tidak berhasil selepas percubaan deras Eduardo Sosa berjaya menembusi gawang yang dikawal oleh Rahadiazli Rahalim.

Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tamat dengan keputusan 3-1 memihak Imigresen.