Liga Super: JDT Kekalkan Momentum Cemerlang Tewaskan Kuching City
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Aksi ke-24 Liga Super 2023 menyaksikan juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Kuching City FC di Stadium Sultan Ibrahim.

Pasukan bimbingan Tano Solari melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan dengan pemain seperti Syahmi Safari dan Farizal Marlias kembali dalam skuad utama.

JDT mempamerkan aksi garang apabila menguasai perlawanan seawal minit pertama dengan beberapa siri gerakan menarik yang direncana namun berjaya dipatahkan oleh barisan pertahanan Kuching City.

Advertisements

Percubaan demi percubaan akhirnya membuahkan hasil apabila Bergson Da Silva membuka tirai jaringan dengan rembatan dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol Kuching City, Wan Azraie.

Tiga minit sebelum rehat, JDT menggandakan jaringan menerusi sepakan percuma Juan Muniz bagi memberi kelebihan buat pasukan tuan rumah.

JDT mendahului aksi separuh masa pertama dengan kelebihan 2-0.

Advertisements

Bersambung babak kedua, JDT melakukan beberapa pertukaran penting termasuklah kepulangan jeneral tengah pasukan, Natxo Insa dalam usaha menambah jaringan.

Walau bagaimanapun, kekebalan barisan pertahanan pasukan pelawat berjaya menafikan serangan bertali arus JDT.

Tambahan masa tiga minit jelas tidak mengubah keputusan perlawanan hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Perlawanan tamat dengan keputusan JDT 2-0 Kuching City dengan Harimau Selatan mengumpul 70 mata selepas merekodkan 23 kemenangan dan satu seri.

Selepas ini, JDT akan terbang ke Jepun untuk menghadapi cabaran Kawasaki Frontale dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada 28 November 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram