Ads
Dunia
KL City

Aksi Liga Super LS20 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City menentang Sarawak United. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras menyaksikan pasukan tuan rumah mencatat keputusan positif, meraih tiga mata.

Advertisements

Separuh masa pertama menyaksikan KL City mendahului perlawanan dengan keputusan 3-0. Paulo Josue dan Ryan Lambert masing-masing menjadi wira apabila berjaya peledak pada babak pertama perlawanan.

Advertisements

Tiga mata terus sah menjadi milik KL City apabila Ryan Lambert melengkapkan malam gemilang The City Boys dengan ledakan hatrik. Penangan Jordan Mintah di bahagian serangan turut menghadiahkan satu gol buat anak buah Bojan Hodak.

Advertisements

Advertisements

Tiga minit masa tambahan tidak mengubah keputusan perlawanan. KL City berjaya menewaskan Sarawak United dengan keputusan 5-0.

Advertisements

KL City kini berada di tangga kelima liga selepas 20 perlawanan. The City Boys berjaya mengumpul 29 mata secara keseluruhannya dengan 8 kemenangan, 5 seri dan 7 kekalahan telah dicatat.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram