Liga Super: Negeri Sembilan Gagalkan Kebangkitan Kedah, Hampiri Slot Asia
Dunia
unifi
Advertisements

Negeri Sembilan terus memberikan tekanan buat Terengganu dan Sabah di Liga Super untuk slot Asia selepas berjaya membenam cabaran Kedah Darul Aman dengan jaringan 4-3 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Matheus Alves meletakkan tuan rumah dihadapan pada minit ke-25 selepas sepakan derasnya dari luar kotak penalti gagal diselamatkan penjaga gol Kedah, Shahril Saa’ri.

Kedah bagaimanapun menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi jaringan Mahmoud Al-Mardi.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, pemain import Negeri Sembilan, Gustavo menjaringkan 2 gol pada minit ke-58 dan ke-70 dan 1 jaringan daripada Sean Selvaraj pada minit kesekaligus memberi kelebihan buat Negeri Sembilan mengekalkan penguasaan.

Kedah cuba bangkit menerusi jaringan pemain import dari Thailand, Sanrawat Dechmitr pada minit ke-83 sekaligus menjadikan kedudukan 4-2 di Paroi.

Advertisements

Kedah sekali lagi memperoleh jaringan tambahan pada minit ke-90 menerusi jaringan Marc Vales namun semuanya sudah terlewat buat pasukan pelawat dengan 3 mata penuh milik Negeri Sembilan dengan kemenangan 4-3 di Paroi.

Perubutan slot Asia kini semakin hangat dengan pasukan Sabah dan Terengganu turut memperoleh kemenangan menentang lawan masing-masing semalam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram