Advertisement
Liga Super: Sabah Curi 3 Mata Perak Saat Akhir
Liga Super
MakanBola
Perak FC

Perak terpaksa berputih mata setelah kecundang di tangan Sabah dalam perlawanan Liga Super Malaysia 2024-2025 pada petang Sabtu di Manjung.

Beraksi di Manjung kali ini, Perak melayani kehadiran Sabah bukan lagi di Ipoh memandangkan stadium tersebut sedang menjalani kerja-kerja naik taraf sehingga akhir musim

Pengendali Perak, Yusri Che Lah menampilkan Haziq Nadzli selaku penjaga gol manakala Sabah pula membariskan tiga tonggak kebangsaan iaitu Stuart Wilkin, Dominic Tan dan Daniel Ting.

Selepas 30 minit beraksi, Perak akhirnya berjaya memecah kebuntuan jaringan menerusi kapten, Luciano Guaycochea yang menyudahkan sepakan penalti setelah Damien Lim mengasari Luka Milunovic.

The Rhinos tidak patah semangat dan terus mengatur gerak untuk meledak jaringan penyamaan sembilan minit kemudian hasil rembatan kencang pemain dari Korea, Ko Kwang-min.

Seminit sebelum rehat, Stuart Wilkin pula meletakkan Sabah di hadapan sekali lagi menerusi tendangan kencang untuk pelawat mendahului permainan dengan kelebihan satu gol.

Separuh masa pertama tamat, Perak 1-2 Sabah.

Kembali dari rehat, tuan rumah tidak mengambil masa yang lama untuk kembali mengikat kedudukan 2-2 hasil tandukan jarak dekat Clayton yang berpunca dari sepakan sudut pada minit ke-49.

Ketika aksi berbaki tujuh minit, penyerang Sabah, Joao Pedro meledak gol ketiga buat pelawat sebelum Miguel Cifuentes memastikan 3 mata berjaya dibawa pulang dari laman Perak.

Perlawanan di Stadium Manjung berakhir dengan keputusan 4-2 memihak Sabah.

Aksi Liga Super minggu hadapan menyaksikan Perak bakal melayani kunjungan Terengganu sementara itu Sabah akan bertemu satu lagi pasukan utara, Penang di laman lawan.