Liga Super: Selangor Kalahkan PDRM Penuh Suka & Duka
MakanBola
Selangor FC

Selangor menutup musim Liga Super 2025-2026 penuh suka dan duka selepas menumpaskan PDRM di Stadium MBPJ pada Ahad.

Kemenangan 6-0 dilakar oleh Selangor pada aksi terakhir Liga Super namun ini semua tidak cukup untuk membawa Gergasi Merah ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan.

Tonggak tengah, Mukhairi Ajmal membuktikan ketajaman penyudah yang dimiliki apabila berjaya merobek pintu gol PDRM dua kali pada minit ke-8 dan sebelum tamat babak pertama.

Jaringan Selangor juga disumbangkan oleh pemain sayap lincah, Alvin Fortes yang melakar nama sebagai penjaring dalam tempoh pantas pada minit ke-27 dan 29 buat tuan rumah.

Babak kedua menyaksikan gawang PDRM terus dibolosi dengan gol daripada Aliff Izwan Yuslan yang mempamer penyudah berkualiti bagi Selangor terus selesa di depan 5-0.

Aksi tamat dengan keputusan 6-0 selepas Mukhairi Ajmal melengkapkan hatrik hasil gol di penghujung perlawanan.

Penutup yang cemerlang ini bagaimanapun dikaburi dengan pengesahan bahawa Selangor terlepas tiket ke Asia musim selepas hanya mengakhiri saingan Liga Super di tangga ke-3.

Tempat kedua Liga Super menjadi milik Kuching City yang mengutip 53 mata setelah tamat 26 perlawanan sekali gus membawa skuad kendalian Aidil Sharin itu ke pentas ACL2 musim hadapan.