Liga Super: Selangor Tutup Musim Penuh Bergaya, Tumpaskan PDRM
Liga Super
PDRM
Advertisements

Aksi Liga Super antara pasukan Selangor dan PDRM FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan The Red Giants mahu memastikan penutup cemerlang bagi tahun 2023.

Beberapa percubaan awal dilancarkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe dengan tandukan Ayron Del Valle melambung tinggi.

Advertisements

Serangan balas pantas oleh The Kops hampir membuahkan hasil apabila Bruno Suzuki dalam kedudukan terbaik pada minit ke-5 namun Safwan Baharuddin berjaya mengawal keadaan.

Detik yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba apabila pemain sayap pasukan, Faisal Halim meletakkan Selangor di depan pada minit ke-37 selepas menyempurnakan sepakan penalti.

Seminit sebelum tamat babak pertama, giliran kapten pasukan, Brendan Gan meletakkan tuan rumah selesa dengan dua jaringan menuju tamat babak pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, PDRM berusaha keras untuk mendapatkan jaringan bagi merapatkan kedudukan setelah ketinggalan dua jaringan.

Usaha itu akhirnya membuahkan hasil selepas Selangor kehilangan kawalan di bahagian tengah sebelum rembatan Fadi Awad berjaya menewaskan Khairul Azhan.

Tambahan masa lima minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Selangor berada di tangga kedua dengan 61 mata sementara PDRM di tangga ke-8 dengan 37 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram