Liga Super: Senarai Aksi Minggu 18, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
SELANGOR FC

Selepas berakhirnya aksi minggu ke-17, saingan Liga Super Malaysia musim 2025/26 dijangka terus menyajikan pertembungan yang lebih mendebarkan menjelang minggu ke-18.

Pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim F.C., mempamerkan aksi dominan apabila membenam Imigresen 5-0 dalam satu perlawanan yang menakjubkan.

Sementara itu, beberapa perlawanan lain berakhir dengan keputusan seri. Terengganu, DPMM, PDRM. dan Kelantan The Real Warriors masing-masing sekadar berkongsi mata dengan lawan mereka, iaitu Selangor F.C., Melaka, KL City dan Penang.

Dalam pada itu, Kuching City turut mencatat kemenangan bergaya apabila menundukkan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Negeri. Dengan perkembangan ini, saingan menuju minggu ke-18 pastinya semakin hangat dan penuh debaran.

Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super

1 – Negeri Sembilan vs Imigresen

Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2 – Kelantan TRW vs PDRM

Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2

3 – Melaka vs Terengganu

Tarikh: 21 Februari 2026 (Sabtu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Hang Jebat
Siaran Langsung: TV Okey, SukanRTM dan RTMKlik

4 – Sabah vs JDT

Tarikh: 22 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 9.15 Malam
Venue: Stadium Likas
Siaran Langsung: TV Okey, SukanRTM dan RTMKlik

5 – Selangor vs Kuching City

Tarikh: 22 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

6 – KL City vs Brunei DPMM

Tarikh: 22 Februari 2026 (Ahad)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur
Siaran Langsung: Astro Arena Bola 2