Advertising
Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 23, Waktu, Lokasi & Siaran TV
MakanBola
Kedah Darul Aman FC
Sponsors

Aksi Liga Super diteruskan dengan empat perlawanan minggu ke-23.

Aksi minggu ke-22 menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan kejuaraan liga buat kali ke-11. Kejayaan itu dicapai dengan menewaskan Perak FC 2-0.

Ad

Lima lagi pasukan meraih kemenangan dalam aksi minggu sama. Terengganu FC membelasah finalis Unifi Piala Malaysia, Sri Pahang FC 5-1 di Temerloh.

Ad

Negeri Sembilan FC mudah menewaskan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) 2-0 di Paroi. KL City FC menundukkan juara MFL Challenge Cup 2023, PDRM FC 2-1.

Kuching City FC meraih kemenangan selesa 3-0 ke atas Kelantan Darul Naim FC (KDN FC). Selangor FC dan Sabah FC pula terikat tanpa jaringan.

Ad

Selain aksi minggu ke-23, ada satu aksi menarik membabitkan Merah Kuning dan Sang Kijang Emas pada 8 Mac. Aksi tersebut merupakan aksi tertunda liga.

Ad

Waktu, Lokasi & Siaran TV Liga Super

1- Kedah Darul Aman vs KL City

Tarikh: 7 Mac 2025 (Jumaat)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Darul Aman, Alor Setar
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

2- Terengganu vs Sabah

Tarikh: 7 Mac 2025 (Jumaat)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

3- Perak vs Negeri Sembilan

Tarikh: 8 Mac 2025 (Sabtu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Manjung
Siaran Langsung: Astro Arena Bola

4- PDRM vs Sri Pahang

Tarikh: 8 Mac 2025 (Sabtu)
Masa: 10.00 Malam
Venue: Stadium Selayang
Siaran Langsung: TV OkeySukan RTM dan RTMKlik

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments