Liga Thailand Sedia Sepenuhnya Gunakan VAR
Dunia
Thailand Posts English
Advertisements

Tatkala FAM secara perlahan-lahan memperkenalkan VAR untuk musim 2023, Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) pula selesai menyiapkan kemudahan VAR baru mereka menjelang pusingan kedua Liga Thai 1 pada 21 Januari ini.

Pusat VAR baru untuk saingan Liga Thai 1 dilihat sudah bersedia untuk menangani tuntutan baki perlawanan musim ini. Ini dibuktikan menerusi tinjauan yang dibuat Presiden FAT, Jen. Dr. Somyot Phumpanmuang di pusat tersebut hari ini.

Turut mengiringi Somyot meninjau pusat VAR baru itu ialah Setiausaha Agung FAT, Pathit Supapong dan Pemangku Ketua Pembangunan Pengadil FAT, Cha Trin Mongkolsiri.

Advertisements

Pusat VAR baru ini terletak di tingkat satu bangunan Pusat Operasi Perlawanan dan Futsal FAT. Pusat ini mempunyai lapan buah bilik VAR dan berupaya meliputi lapan perlawanan liga.

Sebelum ini, pusat VAR sebelumnya hanya mempunyai empat buah bilik disebabkan kelengkapan VAR yang terhad. Hal ini menjadi pendorong FAT mewujudkan pusat VAR baru bagi memastikan kualiti pengadilan Liga Thai 1 terus berada pada tahap tertinggi.

“Hari ini, saya hadir untuk meninjau kesiapsediaan bilik Pusat VAR, yang dipindahkan dari lokasi asalnya. Dan semua pelbagai sistem telah diuji bagi membolehkan ia sedia digunakan untuk pusingan kedua Liga Bola Sepak Thai Revo yang bakal bermula pada 21 Januari 2022,” katanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram