Liga Vietnam Bakal Gunakan Sistem VAR Menjelang 2023
Dunia
aseanfootball
Advertisements

V-League yang dikenali sebagai Liga Utama Vietnam difahamkan bakal menggunakan sistem VAR (Video Assistant Referee) bagi musim 2023-2024.

Memetik laporan TheThao247, persatuan bola sepak Vietnam (VFF) telah bekerjasama dengan gabungan bola sepak antarabangsa (FIFA) untuk memperkenalkan sistem VAR di Liga Utama Vietnam.

Tujuan utama VFF adalah untuk mengurangi kesilapan dalam mengadili dan juga membantu pengadil untuk membuat keputusan dengan tepat.

Advertisements

Musim baru V-League dijadualkan pada bulan November 2023 dan akan melakukan penstrukturan semula jadual liga mengikut kalendar FIFA.

Barisan pengadil juga akan menjalani kursus khas bagi memahami bagaimana sistem VAR berfungsi dan peraturan penggunaanya.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram