Dunia
Vocket FC
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim baru-baru ini mencadangkan penggunaan 11 pemain import kepada FAM dan juga MFL.

Hal ini berikutan hakikat yang pahit untuk diterima peminat bola sepak tanah air apabila pasukan bawah 23 tahun negara ditunjukkan jalan keluar oleh pasukan Laos dalam Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak Asean (AFF).

Pasukan kendalian Brad Maloney terpaksa akur ditundukkan setelah menampilkan aksi yang tidak bermaya apabila tumpas kedua-dua perlawanan.

Advertisements

Pada perlawanan pertama, pasukan negara mendahului namun dua gol pada babak kedua memaksa kekalahan perit terpaksa diterima.

Namun begitu, hasrat untuk bangkit tidak kesampaian apabila Laos ternyata dalam kelas tersendiri untuk menang dengan keputusan 2-0 semalam.

Oleh yang demikian, Teong Kim telah mencadangkan agar pihak FAM dan juga MFL agar menggunakan khidmat peman naturalisasi dan import untuk pasukan muda negara.

Advertisements

Jurulatih berusia 58 tahun ini meninggalkan komen pada ruangan hantaran oleh Berita Harian mengenai kegagalan pasukan muda negara untuk melangkah ke separuh akhir.

‘Presiden FAM dan MFL, lain kali guna sahaja pemain naturalisasi untuk pasukan bawa 23 tahun.’

‘Kalau boleh di Liga Super dan Liga Premier guna sahaja 11 pemain import.’

Advertisements

Beliau juga turut menegaskan bahawa usaha ini akan ’membuahkan’ hasil sekaligus memajukan bola sepak tempatan.

Ini juga dilihat sebagai satu cara oleh bekas jurulatih pasukan bawah 19 tahun Bayern Munich ini untuk ‘menegur’ pihak FAM dan MFL sambil menyatakan bahawa proses untuk mewujudkan pembangunan dan mengadakan liga remaja seakan satu usaha yang sia-sia.

Kini, pasukan bawah 23 tahun negara akan meneruskan misi untuk memberikan yang terbaik dalam kejohanan Piala Asia bawah 23 tahun yang akan berlangsung di Uzbekistan.

Advertisements
Lim Teong Kim 4 Lim Teong Kim ‘Cadang’ FAM & MFL Gunakan 11 Pemain Import
Instagram: Berita Harian
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram