Lim Teong Kim: Jangan Salahkan Pemain, Yang Salah Adalah FAM & MFL
Dunia
Bernama
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim ada memberikan pandangan beliau selepas melihat kekalahan skuad bawah 23 tahun negara kepada pasukan Laos.

Kekalahan kepada Laos 1-2 pada perlawanan pertama dan seterusnya kekalahan 0-2 pada perlawanan kedua menyaksikan pasukan muda negara tersingkir awal dari kejohanan tersebut.

Teong Kim berpendapat bahawa kegagalan ini adalah tanggungjawab Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang gagal mengadakan liga di peringkat remaja.

Advertisements

“Saya sudah banyak kali berkata bahawa jikalau FAM/MFL tidak membuat tanggungjawab mereka untuk mengadakan liga-liga remaja untuk pemain-pemain remaja Malaysia, jangan harap bola sepak Malaysia akan maju.

“Pembangunan seseorang pemain mesti melalui proses pembangunan belia yang sistematik. Ianya tidak berlaku di Malaysia. Situasi bola sepak kita tidak memberi (ruang) pemain-pemain remaja untuk maju. Jadi kita tidak boleh salahkan mereka, yang salah adalah FAM & MFL.” coret Teong Kim di Instagram beliau.

Teong Kim yang juga bekas jurulatih belia Bayern Munich menegaskan FAM dan MFL seharusnya menyediakan jalan untuk pembangunan bola sepak di Malaysia seperti liga remaja dan menghadkan pemain import untuk Liga Super dan Liga Premier.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram