Lim Teong Kim Kembali Beraksi
Dunia
perak fc
Advertisements

Lim Teong Kim kini sudah sudah mula menjalankan tugas sebagai jurulatih pasukan Perak FC pada sesi pertamanya di Padang Latihan Stadium Mini, Chepor petang tadi.

Beliau yang diumumkan sebagai ketua jurulatih pada awal bulan September lalu telah menandatangani kontrak 2 tahun bersama Perak FC dan juga diberi pilihan untuk menyambung kontrak setahun lagi.

Ketegasan beliau jelas kelihatan ketika melatih pasukan dan ianya pasti membawa satu aura yang baharu dalam skuad Perak.

Advertisements

Menurut Onefootball.my, Lim Teong Kim turut membawa bekas pembantu jurulatihnya ketika di pasukan Malaysia B-16 tahun iaitu Raja Azlan Shah ke dalam skuad Perak.

Pengalaman dan kepakaran bekas pengarah teknikal NFDP ini pasti menjadi taruhan untuk memacu semula kegemilangan bola sepak pasukan Perak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram