Perlawanan persahabatan pertama buat pasukan Perak bermula dengan kekalahan selepas tewas kepada juara Liga M3, PIB FC dengan keputusan 0-2.
Ketua jurulatih Perak, Lim Teong Kim mengakui bahawa kesilapan mudah banyak dilakukan yang menyebabkan Perak sukar untuk membolosi PIB FC.
LTK dalam pada itu beliau memuji sikap pemain ketika beraksi di atas padang, namun beliau akui tewas bukan satu perkara yang bagus.
“Daripada segi keputusan memang tak seronoklah. Tetapi dari segi cara kita bermain, pemain bersungguh-sungguh
“Kita buat kesilapan dan kita dihukum.
Bekas pengarah teknikal NFDP itu menyatakan bahawa tujuan utama perlawanan persahabatan itu diadakan untuk mengenal pasti pemain yang boleh beraksi di tahap tertinggi.
Tambahnya, perlawanan semalam banyak memberi impak yang positif dalam usaha untuk menerapkan falsafah yang akan dipersembahkan.
“Untuk aksi tadi, saya melihat siapa yang boleh bermain di tahap yang tertinggi.
“Dalam perlawanan ini juga kita ada empat pemain trial, saya boleh menilai pemain mana boleh bermain, bagi manfaat kepada saya.
Namun, beliau menegaskan sekali lagi bahawa tujuan utama perlawanan persahabatan kali ini adalah untuk melihat prestasi setiap pemain yang beraksi.
“Tapi kalau peminat kurang seronok dengan hasil keputusan, saya faham. Namun, objektif kami adalah melihat para pemain beraksi malam ini,” kata Lim Teong Kim dipetik daripada Flash Sukan.
Ini merupakan perlawanan pertama buat Lim Teong Kim mengendalikan pasukan Perak.