Lim Teong Kim Tak Mahu Luqman Hakim Pulang Beraksi Di Liga-M
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pengarah Projek Pembangunan Bolasepak Malaysia (NFDP), Lim Teong Kim baru-baru ini mencadangkan agar penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim Shamsuddin untuk terus kekal berkelana di bumi Belgium.

Lim Teong Kim berpendapat masih banyak ruang dan waktu untuk Luqman berusaha meningkatkan kualiti serta prestasinya disana. Luqman yang kini mewakili KV Kortjik dilihat kurang mendapat minit permainan bersama skuad utama namun Luqman kerap kali beraksi bersama skuad B-23 KV Kortjik.

“Apa yang diperkatakan di program di Astro Arena tidak benar. Luqman baru setahun setengah di Belgium dan bukannya berusia 23 tahun tetapi baru 20 tahun. Saya nak tanya kepada pemain kebangsaan atau pun bekas pemain, adakah kamu pada usia 20 atau 23 tahun menjadi tulang belakang pasukan,” soal Lim Teong Kim.

Advertisements

Ketika LTK ditanya dalam satu segmen ekslusif di Youtube Harimau Malaya, beliau menegaskan bahawa Luqman tidak perlu mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Menurut Teong Kim, saingan liga B-23 tahun di Belgium lebih baik berbanding Liga Premier di Malaysia.

“Luqman tak perlu berhijrah sebaliknya beliau boleh bermain untuk pasukan B-23 kerana Liga B-23 di Belgium setaraf dengan Liga Super dan jauh lebih baik dari saingan Liga Perdana, Piala Belia dan Piala Presiden.”

Dalam pada itu, LTK dilihat tidak bersetuju dengan beberapa pendapat yang mencadangkan agar Luqman Hakim bermain di Liga Super. Ini kerana, menurut Teong Kim kualiti serta intensiti di Belgium jauh lebih baik berbanding Malaysia.

Advertisements

“Bagi saya biar Luqman berada di Belgium, tak main pun tidak mengapa kerana kualiti liga di sana lebih tinggi dari Liga Malaysia. Apa guna pulang ke Liga Super jika kualiti liga rendah sangat, dan bagaimana dia nak maju,” kata Lim Teong Kim.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram