Lion City Sailors Asah Taring Di Sepanyol
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kelab gergasi Singapura, Lion City Sailors (LCS) meneruskan program pramusim dengan menjalani latihan di Sepanyol dari 16 hingga 30 Ogos ini.

Kem latihan di negara itu bertujuan membantu memantapkan barisan anak buah Jesus Casas sebelum saingan liga Singapura bermula pada September ini.

Sepanjang berada di Sepanyol, LCS memaklumkan mereka akan menentang empat kelab Sepanyol, Malaga, Xerez Deportivo, Atletico Madrelino dan Cadiz.

Pengurusan LCS telah menyatakan bahawa mereka akan menentang gabungan pasukan utama, B dan Bawah 23 Tahun (B-23) dalam empat perlawanan tersebut.

LCS mengikut jejak pasukan negara jiran yang juga juara Liga Super 12 kali, Johor Darul Ta’zim (JDT). JDT memilih Alicante, Sepanyol sebagai lokasi pilihan untuk program pramusim pada tahun 2024, 2025 dan 2026.

Pemilihan Sepanyol sebagai lokasi pramusim JDT memberi impak besar kepada pencapaian pasukan itu. Musim lalu menyaksikan JDT bukan saja merangkul empat trofi tetapi berjaya mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

LCS bakal membuka kempen musim 2026/27 dengan aksi Singapore Community Shield menentang Tampines Rovers. Aksi ini bukan saja peluang buat anak buah Casas meraih trofi pertama untuk musim 2026/27.

Malah, aksi ini juga memberi peluang kepada LCS membalas dendam terhadap lawan sama. Tampines Rovers muncul juara Singapore Community Shield dengan meraih kemenangan bergaya 4-1.